PUTRAJAYA: Kerajaan meneruskan inisiatif Dana Inovasi Media menerusi pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0 dengan peruntukan RM30 juta bagi memperkasa industri media negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, dana itu mengekalkan empat skop pembiayaan sedia ada dengan penambahan satu skop baharu, menjadikan keseluruhan sebanyak lima skop.

Menurut beliau, pelaksanaan dana itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh industri media khususnya dari aspek inovasi, pendigitalan, pembangunan bakat dan penerapan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI).

“Seperti yang kita semua sedia maklum, sewaktu sambutan kemuncak HAWANA (Hari Wartawan Nasional) pada tahun lalu, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengumumkan Dana Inovasi Media.