PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneruskan usaha menghantar pulang pelarian Myanmar ke negara asal mereka susulan mahkamah menolak permohonan penangguhan yang dikemukakan Majlis Peguam Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar akan meneruskan rundingan dengan kerajaan Myanmar bagi membolehkan penghantaran pulang kumpulan kedua dilaksanakan, selagi tiada keputusan sebaliknya daripada mahkamah.

Katanya, mahkamah memutuskan proses berkenaan boleh diteruskan sementara menunggu semakan kehakiman yang ditetapkan pada 8 Disember ini.

"Permintaan untuk penangguhan oleh Majlis Peguam ditolak. Jadi kita teruskan," katanya.