Kota Bharu: Lebih 90 peratus tanah milik di Kelantan kekal berstatus Rizab Melayu dengan keluasan mencecah 526,083.08 hektar membabitkan 816,020 hak milik sehingga Jun lalu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata keluasan itu mewakili 91.58 peratus daripada keseluruhan 574,427.61 hektar tanah milik yang direkodkan di Kelantan.
Beliau berkata, Gua Musang mencatatkan keluasan tanah rizab Melayu terbesar iaitu 122,735.54 hektar atau 84.55 peratus daripada keseluruhan tanah milik di jajahan itu.
"Keluasan tanah rizab Melayu di jajahan lain pula ialah Kota Bharu sebanyak 40,510.49 hektar (99.97 peratus), Pasir Mas 56,656.79 hektar (99.98 peratus), Kuala Krai 53,473.85 hektar (68.73 peratus) dan Tumpat 21,607.96 hektar (99.99 peratus).








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F345234234234_908093.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
