Petaling Jaya: Impian memiliki kereta pertama menjadi kenyataan buat seorang suri rumah dari Kelantan apabila berjaya memenangi Proton e.MAS 5 (Prime) menerusi Peraduan Sambutan Ulang Tahun ke-58 Kumpulan The Store.
Nur Diyana Abdullah, 25, berkata kemenangan itu sesuatu yang tidak disangka-sangka kerana dia menyertai peraduan berkenaan ketika membuat pembelian persiapan menyambut kelahiran anak pertamanya.
Katanya, dia hanya berbelanja kira-kira RM150 untuk membeli pakaian bayi di The Store Kelantan sebelum menyertai peraduan berkenaan tanpa meletakkan harapan tinggi untuk memenangi hadiah utama.
"Saya memang tak sangka boleh menang kerana pada mulanya saya hanya membeli barang untuk persiapan bayi dan tidak menjangka pembelian itu membawa rezeki yang cukup besar.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fcd0b881ca1bc7f33aaa2cb582a8ba88a.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

