PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneruskan proses penghantaran pulang pelarian Myanmar susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Badan Peguam untuk menghentikan sementara penghantaran pulang kira-kira 5,000 pelarian dan pencari suaka warga Myanmar.Tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perbincangan mengenai pengurusan proses penghantaran pulang kumpulan kedua dengan kerajaan Myanmar juga akan diteruskan selagi tiada keputusan sebaliknya daripada mahkamah."Biar jalur undang-undang yang buat keputusan sehingga ada keputusan sebaliknya, kita teruskan buat masa sekarang," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN di sini pada Khamis.AKAN MENYUSUL