KLANG - Seorang lelaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Batu 10, Jalan Kapar di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 70-an dipercayai sedang melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan datang dari arah Jeram menghala ke Klang."Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang merupakan lelaki warga India berusia lingkungan 70-an dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba."Pemandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, pemandu kenderaan itu bagaimanapun tidak berhenti selepas kejadian dan meneruskan perjalanan."Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah, menerusi talian 017-5843860 bagi membantu siasatan dan mengesan kenderaan terbabit.
Warga emas maut dilanggar kereta, pemandu dipercayai larikan diri

Key takeaways
Seorang lelaki warga emas maut dilanggar kereta di Jalan Kapar, Klang. Pemandu kereta dipercayai larikan diri.
- Mangsa berusia lingkungan 70-an dilanggar kereta semasa melintas jalan.
- Pemandu kereta tidak berhenti selepas kejadian dan meneruskan perjalanan.
- Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Pemandu maut, penumpang parah kereta terbabas, terbakar
- Sinar Harian Warga emas maut dilanggar kereta, pemandu dipercayai larikan diri (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fab48266fe21b31c15dd064ee1697c636.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

