SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) memohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil maklum perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu bagi membolehkan calon daripada gabungan itu bertanding menggunakan nama dan lambang PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya turut meminta SPR memberikan kesan terhadap perintah tersebut dalam pengendalian PRN Melaka selain memaklumkannya kepada Pengarah Pilihan Raya Melaka termasuk pegawai pengurus sebelum hari penamaan calon.Menurut beliau, PN bersedia memberikan kerjasama, menghormati dan mematuhi perintah mahkamah selagi mana pihak berkuasa awam termasuk SPR serta pegawai-pegawai pengurus berbuat perkara sama."Sekiranya kertas penamaan mana-mana calon PN tidak diterima, ditolak, tidak dibenarkan menggunakan nama dan lambang PN atau jika apa-apa bantahan terhadapnya dibenarkan atas sebab Notis, Perintah Penggantungan mahupun Perintah Pembatalan yang kesemuanya ditangguhkan atau pelaksanaannya dihalang oleh Mahkamah."PN dan calon-calonnya merizabkan sepenuhnya hak mereka untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu, termasuk membawa perkara itu kepada perhatian Mahkamah Tinggi dalam Permohonan bagi Semakan Kehakiman No. WA-25-276-10/2026, memulakan prosiding yang sesuai, dan memfailkan petisyen pilihan raya."Surat ini ditulis tanpa prejudis kepada segala hak PN, parti-parti anggota dan calon-calonnya yang kesemuanya dirizabkan dengan nyata," katanya.Takiyuddin berkata demikian menerusi surat bertarikh 28 Oktober lalu secara serahan tangan kepada Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun melalui Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus dan Penasihat Undang-Undang SPR, Habibah Haron.Surat tersebut kemudiannya disahkan diterima dan ditandatangani oleh Ramlan pada Khamis.Takiyuddin juga menambah, kesan perintah tersebut menetapkan bahawa penggantungan tidak berkuat kuasa atau dalam erti kata lain, PN bebas menjalankan kegiatannya secara sah termasuk memilih, mencalonkan dan memperakukan calon-calonnya.Jelasnya lagi, pendaftar pertubuhan dihalang daripada membatalkan pendaftaran PN atau memberi kesan terhadap apa-apa pembatalan, termasuk Perintah Pembatalan bertarikh 20 Oktober yang diasaskan atas notis sama."Selain itu, PN kekal sebagai parti politik berdaftar bagi segala maksud, termasuk peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, sementara menunggu pelupusan permohonan semakan kehakiman."Notis Rayuan yang difailkan bagi pihak pendaftar pertubuhan dan Menteri Dalam Negeri tidak menangguhkan perintah tersebut. Menurut kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994, sesuatu rayuan tidak beroperasi sebagai penangguhan pelaksanaan melainkan mahkamah memerintahkan sebaliknya."Tiada perintah sedemikian dibuat. Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 22 Oktober kekal berkuat kuasa dan mengikat," ujar Ahli Parlimen Kota Bharu itu lagi.Justeru, menurut Takiyuddin, calon-calon
PRN Melaka: PN minta SPR ambil maklum kebenaran guna nama, lambang gabungan

Key takeaways
PN memohon SPR mengambil maklum perintah mahkamah untuk menggunakan nama dan lambang PN dalam PRN Melaka.
- PN meminta SPR mengambil maklum perintah mahkamah untuk bertanding menggunakan nama dan lambang PN.
- PN bersedia memberikan kerjasama dan mematuhi perintah mahkamah.
- Surat PN diterima dan ditandatangani oleh Pengerusi SPR.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PN: Rundingan kerjasama PRN Melaka 'dalam lingkungan 100 peratus'
- Utusan Malaysia PN kembali fokus hadapi PRN Melaka
- Utusan Malaysia PN belum bincang ambil bahagian PRN Sarawak
- Sinar Harian PRN Melaka: PN minta SPR ambil maklum kebenaran guna nama, lambang gabungan (this story)









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fab48266fe21b31c15dd064ee1697c636.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)