KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat katering didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, kerana menggunakan dokumen perjanjian penyewaan palsu bagi permohonan kuota pekerja asing di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Pengarah syarikat PSSB Holdings (M) Sdn Bhd, Chua Keng Hiang, 73, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Muhammad Ilmami Ahmad.Mahkamah memerintahkan lelaki warga emas itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara tidak jujur menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu perjanjian sewaan antara Goh Leong Han, 65, dan PSSB Holdings (M) Sdn Bhd bertarikh 1 Julai 2021 yang tertuduh percaya dokumen tersebut palsu.Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Sri Hartamas 1, di sini pada 5 Julai 2023.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, dokumen penyewaan palsu bagi satu unit premis milik Leong Han di Jalan Padang Walter Grenier, Off Jalan Imbi, dekat sini, telah digunakan sebagai dokumen sokongan dalam permohonan kuota pekerja asing kepada JIM.JIM mempercayai dokumen tersebut sebagai tulen kemudiannya meluluskan kuota sebanyak enam pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi sektor perkhidmatan kepada PSSB Holdings sebelum semakan lanjut mendapati dokumen itu dipalsukan.Hasil siasatan mendapati Leong Han yang merupakan pemilik premis tersebut menafikan pernah menurunkan tandatangan atau membuat sebarang perjanjian sewa dengan syarikat milik tertuduh.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat."Kesalahan ini melibatkan isu keselamatan iaitu kemasukan warga asing ke dalam Malaysia."Mohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat," katanya.Bagaimanapun, peguam, Michelle Tan yang mewakili tertuduh, merayu anak guam dikenakan hukuman ringan kerana dia merupakan pesalah kali pertama."Dia juga menghidap pelbagai penyakit termasuk demensia, barah prostat dan sakit jantung."Anak guam memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan dan menyesali perbuatannya selain berjanji tidak akan mengulanginya di masa akan datang," kata peguam.
Pengarah syarikat katering didenda RM10,000 guna dokumen sewa palsu kuota PATI

Key takeaways
Seorang pengarah syarikat katering didenda RM10,000 kerana menggunakan dokumen sewa palsu untuk permohonan kuota pekerja asing.
- Pengarah syarikat katering didenda RM10,000 oleh mahkamah atas penggunaan dokumen palsu.
- Dokumen sewa palsu digunakan untuk mendapatkan kuota pekerja asing di bawah RTK 2.0.
- JIM meluluskan kuota enam pekerja asing sebelum mendapati dokumen itu dipalsukan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Harian Metro , Berita Harian , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Warga emas didenda RM10,000 guna dokumen palsu permohonan PATI
- Sinar Harian Pengarah syarikat katering didenda RM10,000 guna dokumen sewa palsu kuota PATI (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-121026-47_880389.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)