TANGISAN si kecil yang berterusan selepas menyusu sering kali dianggap sebagai ragam biasa kanak-kanak. Namun, ia mungkin petanda awal masalah ketidakselesaan pencernaan si manja.

Masalah seperti kembung perut mahupun masalah kulit kering dan sensitif pada si manja sebenarnya berkait rapat dengan sistem pencernaan serta pertahanan badan mereka yang masih belum matang.

Sistem pencernaan yang sihat memainkan peranan penting dalam memastikan nutrien daripada makanan harian diserap dengan baik.

Apabila penyerapan zat penting terganggu, ia boleh menyebabkan perut si kecil menjadi tidak selesa sekali gus menjejaskan emosi serta keselesaan harian mereka.