PETALING JAYA – Keadaan tingkap sebuah tren yang kelihatan retak mencuri perhatian seorang warga Jepun sehingga perkongsiannya di media sosial meraih perhatian rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @thaifood_yum, dia meluahkan rasa hairan selepas melihat keadaan tingkap tren berkenaan ketika menggunakan perkhidmatan kereta api di Malaysia.

“Sebagai orang Jepun, kereta api Malaysia sangat menarik. Saya belajar bahawa tingkap retak bukanlah satu masalah besar,” tulisnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, tingkap pada salah sebuah gerabak yang kelihatan mempunyai kesan retakan yang ketara.