PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI meneruskan inisiatif memperkasa industri media tempatan menerusi pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata dana berkenaan bertujuan membantu syarikat media melaksanakan transformasi, memperkukuh operasi serta meneroka pendekatan baharu dalam penghasilan dan penyampaian kandungan.
"Kerajaan MADANI akan meneruskan inisiatif Dana Inovasi Media melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0 dengan peruntukan RM30 juta.
"Inisiatif ini memperlihat komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan industri media terus diperkasa, khususnya dalam aspek inovasi, pendigitalan, pembangunan bakat dan penerapan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI)," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.








