Key takeaways
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, menyatakan bahawa pertandingan banyak penjuru pada PRN Melaka tidak merugikan dan mampu memberi kelebihan strategik kepada gabungan tersebut. PH juga telah menambah bilangan kerusi ditandingi daripada 21 kepada 24 berdasarkan penilaian potensi kemenangan.
- Adly Zahari berpendapat persaingan tiga atau empat penjuru boleh menjadi lebih menguntungkan berbanding dua penjuru.
- PH menambah kerusi ditandingi daripada 21 kepada 24 selepas menilai perkembangan politik semasa.
- Keputusan PH tidak ditafsirkan sebagai kegagalan rundingan, sebaliknya berdasarkan penilaian kemampuan sendiri.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Melaka: Pakatan Harapan (PH) tidak melihat pertandingan banyak penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai sesuatu yang merugikan, sebaliknya persaingan berkenaan mampu membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada gabungan itu untuk mencapai kemenangan.
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, pertandingan dua penjuru tidak semestinya memberikan kelebihan kepada sesebuah parti kerana dalam keadaan tertentu, persaingan membabitkan tiga atau empat calon boleh menjadi lebih menguntungkan dari segi strategi pilihan raya.
"Berdasarkan pengalaman saya menghadapi pertandingan empat penjuru sebelum ini, jumlah calon yang ramai bukanlah penghalang untuk meraih kemenangan, sebaliknya membuka ruang yang boleh dimanfaatkan oleh parti bertanding.