MELAKA: Pakatan Harapan (PH) tidak melihat pertandingan banyak penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai sesuatu yang merugikan, sebaliknya persaingan berkenaan mampu membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada gabungan itu untuk mencapai kemenangan.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata pertandingan dua penjuru tidak semestinya memberikan kelebihan kepada sesebuah parti kerana dalam keadaan tertentu, persaingan membabitkan tiga atau empat calon boleh menjadi lebih menguntungkan dari segi strategi pilihan raya.
"Berdasarkan pengalaman saya menghadapi pertandingan empat penjuru sebelum ini, jumlah calon yang ramai bukanlah penghalang untuk meraih kemenangan, sebaliknya membuka ruang yang boleh dimanfaatkan oleh parti bertanding.







