KUALA LUMPUR: Lebih 350 syarikat berkaitan kelengkapan kediaman, reka bentuk dalaman dan penyelesaian pengubahsuaian berhimpun pada HOMEDEC KL 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 28 Oktober hingga 1 November ini.

Pameran bertemakan 'Jom Renovate!' itu menampilkan lebih 1,100 reruai di lapan dewan, sekali gus menawarkan ruang kepada pemilik rumah untuk membandingkan produk, mendapatkan inspirasi dan berunding dengan tenaga profesional.

Presiden CIS Network Sdn Bhd, Datuk Vincent Lim, berkata pameran tahun ini memberi penekanan lebih besar terhadap pendidikan pemilikan rumah dan akses kepada kepakaran profesional.

"Langkah ini bagi membantu rakyat Malaysia membuat keputusan lebih tepat, sama ada untuk melengkapkan kediaman baharu atau memperbaharui ruang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan.