Kuala Lumpur : Pameran hiasan dalaman dan kelengkapan kediaman terbesar di Malaysia, HOMEDEC KL 2026 kembali mengumpulkan lebih 350 syarikat bagi menawarkan pelbagai inspirasi reka bentuk, khidmat nasihat pakar serta pakej pengubahsuaian rumah di bawah satu bumbung.

Acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga Ahad ini, bertemakan "Jom Renovate!" itu menampilkan lebih 1,100 reruai merangkumi lapan dewan pameran.

Presiden C.I.S Network Sdn Bhd, Datuk Vincent Lim berkata, pameran edisi kali ini memberi tumpuan lebih besar kepada pendidikan pemilikan rumah dan akses kepada kepakaran profesional bagi membantu masyarakat membuat keputusan pengubahsuaian yang tepat.

"HOMEDEC KL 2026 turut menampilkan aktiviti seperti HOMEDEC Showhomes yang merangkumi ruang INTERVAL dan OASIS, selain Architects' Pavilion bagi memberikan inspirasi serta panduan praktikal kepada pengunjung.