Sekumpulan ahli Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang berhimpun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebelum pendengaran permohonan mencabar notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang menggantung semua aktiviti Perikatan Nasional.KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli Parti Wawasan Negara (Wawasan) berhimpun di Mahkamah Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti sebelum pendengaran permohonan Perikatan Nasional (PN) mencabar notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang menggantung semua aktiviti gabungan itu.
Kira-kira 50 penyokong bersama beberapa pemimpin parti itu termasuk dari sayap Pemuda dilihat mula berkumpul seawal 8 pagi sementara menunggu prosiding yang dijadualkan bermula 11 pagi ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Azizan Arshad.







