Kuala Lumpur: Peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang menandatangani Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA), semalam, akan disalurkan segera sebaik saja Belanjawan 2027 diluluskan Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata belanjawan berkenaan ketika ini berada di peringkat perbahasan melalui Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat dan dijangka diluluskan hujung tahun ini.
"Belanjawan dalam (peringkat) perbahasan dan sebaik diluluskan akhir tahun ini, kita boleh salur ikut persefahaman.
"Sebaik saja lulus Parlimen, kita boleh salur segera," katanya.






