Kuala Lumpur : Banyak yang tidak percaya, namun ada juga yang percaya mereka adik-beradik sedang berselisih faham.
Inilah pengakuan pelakon Fasha Sandha, 42, dan adiknya, Elisya, 27, susulan perkongsian perbalahan mereka menerusi media sosial, baru-baru ini.
Fasha berkata, ia sebenarnya sekadar 'gimik' bagi mempromosi produk jenama Gardenia Numee yang sekali lagi menampilkan dirinya sebagai duta untuk tahun ketiga, manakala Elisya pula diperkenalkan sebagai rakan jenama.
"Usaha itu tidak begitu menjadi kerana rata-rata netizen tidak percayai sedang berselisih faham atau bergaduh. Mereka tahu hubungan kami adik-beradik yang sangat rapat.






