Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Tiada syarat dikenakan terhadap Ahli Parlimen untuk menerima peruntukan menerusi Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, peruntukan itu boleh disalurkan segera sebaik Belanjawan 2027 diluluskan Parlimen, selaras persefahaman yang dicapai.
“Tak ada syarat kepada mana-mana Ahli Parlimen, tak ada syarat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan.
Mengulas pandangan penganalisis politik, CSA boleh menjadi peringatan kepada komponen kerajaan supaya tidak menarik sokongan terhadap kerajaan atau belanjawan, Anwar berkata tafsiran sedemikian tidak boleh dinafikan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar1_142646.png&w=480&output=webp&q=85&we)