Kuala Lumpur: Seorang wanita merayu sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM20,000 untuk menampal kulit kaki suaminya, Mohamad Rosli Mohlis, 37, selain bantuan sara hidup keluarga.

Pembantu kedai makan, Khairani Idayu Abdul Wahab, 35, berkata, suaminya yang bekerja sebagai penghantar makanan sebelum ini membuat dua kali pembedahan di kaki kerana mengalami jangkitan serius, di samping turut menghidap penyakit kencing manis.

"Sebelum ini suami saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang kulit daripada paras betis sehingga ke tapak kaki.

"Kemudian dia menjalani pembedahan sekali lagi disebabkan dijangkiti kuman pula. Selepas itu doktor memaklumkan kena beli kulit untuk tampal di kakinya bagi menutup luka itu.