Kuala Lumpur: Dua 'kemarau' yang ditamatkan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) iaitu emas berpasukan Sukan SEA dan Sukan Asia wajar diabadikan dalam bentuk filem sukan berkualiti tinggi.
Sejarah yang dicatatkan di Sukan SEA Thailand tahun lalu dan Sukan Asia Aichi-Nagoya, baru-baru ini, bukan sahaja layak diberi penghormatan tertinggi, malah mencapai kriteria untuk direkodkan dalam sebuah naskhah khas setanding Ola Bola (bola sepak), Lee Chong Wei: Rise of the Legend (badminton) dan Gold (badminton Para).
Menurut Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan, beliau tidak pernah terfikir untuk merekodkan kejayaan Golden Tigers dalam bentuk filem mahu pun dokumentari walaupun mempunyai pengalaman dalam bidang seni.








