Kuala Lumpur: Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur digesa memantapkan budaya profesionalisme dan mengekalkan nilai integriti tinggi dalam melaksanakan tugas.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Datuk Hamsha Injau menegaskan, nilai integriti dan budaya kerja cemerlang adalah asas yang tidak boleh dikompromi khususnya dalam menjaga keselamatan di ibu negara sendiri.

Menurutnya, penugasan di kawasan bandar raya metropolitan seperti ini meletakkan warga JIM Kuala Lumpur sentiasa berada di bawah perhatian masyarakat dan warganet.

"Sebagai agensi yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta memberikan perkhidmatan dan penguatkuasaan, integriti dan budaya kerja cemerlang adalah asas yang tidak boleh dikompromi sama sekali.