GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan tujuh calon dikemukakan negara anggotanya bagi mengisi jawatan Ketua Pengarah baharu pertubuhan itu.
Calon yang dipilih dijangka memulakan tugas pada 16 Ogos 2027, menggantikan Ketua Pengarah sekarang, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
WHO berkata, Perhimpunan Kesihatan Sedunia akan melantik Ketua Pengarah baharu itu pada sesi ke-80 yang dijadualkan berlangsung pada Mei 2027.
Tujuh calon yang dikemukakan negara anggota WHO ialah Dr Hanan Mohammed Al-Kuwari yang dicadangkan oleh Qatar; Dr Hanan Balkhy (Arab Saudi); Dr Hans Henri P Kluge (Belgium) dan Dr María P Neira (Sepanyol).










