KUALA LUMPUR: Penemuan topi kecil yang dikait ibu tercinta, Allahyarham Rohaya Sulaiman menjadi kenangan cukup bermakna buat pelakon Syafiq Kyle.

Syafiq berkata, aktiviti mengait menjadi antara cara ibunya mengisi masa lapang ketika banyak berehat dalam bilik berikutan keadaan kesihatan yang semakin merosot sebelum meninggal dunia pada 17 Oktober lalu.

Tambah Syafiq, dia tidak menyangka hasil kerja tangan itu akhirnya menjadi antara peninggalan paling berharga yang mengingatkannya kepada arwah.

"Kira-kira dua bulan sebelum pemergiannya, ibu banyak menghabiskan masa dalam bilik kerana keadaan kesihatannya tidak begitu baik.