KUALA LUMPUR: PU Riz atau nama penuh, Muhammad Haris Mohd Ismail menafikan dakwaan konon mengajar agama tanpa tauliah sah dan tindakan segelintir pihak yang mempertikaikan kelayakan akademiknya.

Haris, 31, berkata tuduhan itu tidak berasas kerana beliau memiliki tauliah mengajar agama sejak 2020, selain mempunyai kelayakan akademik dalam bidang pengajian Islam.

Bagi menjelaskan perkara itu, Riz turmenunjukkan dokumen dan sijil pentauliahan mengajar agama serta kelayakan akademik kepada media pada sidang media khas di sini, hari ini.

"Pertama sekali, dakwaan kononnya saya tiada tauliah itu sangat teruk dan melampau. Saya ada tauliah dan memperolehnya sejak 2020 lagi bagi kategori mengajar agama.