Kuala Lumpur : Pendakwah selebriti dan pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menyelar dakwaan tidak berasas yang menuduhnya mengajar tanpa tauliah sah dan mempertikaikan latar belakang pendidikannya.

Haris, 31, menunjukkan dokumen serta sijil pentauliahan mengajar agama dan kelayakan akademiknya kepada pihak media pada satu sidang media khas di sini, hari ini.

"Pertama sekali, dakwaan kononnya saya tiada tauliah itu sangat teruk dan melampau. Saya ada tauliah dan memperolehnya sejak tahun 2020 lagi bagi kategori mengajar agama.

"Orang mempertikaikan kelayakan pendidikan saya. Untuk makluman, saya memulakan pengajian di Mesir sebelum menyambung ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).