Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang akan bermula esok.
SPRM berkata, bilik gerakan itu akan beroperasi selama 24 jam bermula esok sehingga 14 November di Jalan Alai Perdana 16, Taman Alai Perdana, Melaka.
"Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang proses pilihan raya melalui e-mel kepada prnmlk@sprm.gov.my.
"Orang awam juga boleh menghubungi talian pejabat SPRM Melaka pada 06-289 6000, bilik gerakan 06-289 6303 atau talian 24 jam/WhatsApp pada 011-2679 1569," katanya dalam kenyataan, hari ini.









