Kuala Lumpur: Bursa Malaysia menerusi platform Bursa Gold Dinar meneruskan usaha memperkenalkan kemudahan pemilikan emas secara digital kepada masyarakat menerusi penyertaan dalam Karnival Jom Heboh di Plaza Angsana, di sini, bermula 30 Oktober hingga 1 November ini.

Bursa Gold Dinar menerusi kenyataan berkata, penyertaan itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kemudahan memiliki dan menyimpan emas menerusi platform digital yang mudah diakses.

Katanya, menerusi Bursa Gold Dinar, pengguna berpeluang memiliki emas dengan pembelian serendah RM10 tanpa perlu menggunakan kaedah pembelian dan penyimpanan emas secara konvensional.

"Setiap pembelian menerusi platform itu mewakili pemilikan emas fizikal dengan ketulenan 999.9 atau 24 karat.