WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan rancangan menawarkan ganjaran AS$1 juta kepada individu yang melaporkan penipuan dalam pilihan raya terdahulu atau pilihan raya separuh penggal akan datang pada 3 November.

Trump menetapkan syarat ganjaran akan diberikan kepada maklumat yang membawa kepada penahanan dan sabitan terhadap pihak yang bertanggungjawab, lapor Anadolu Ajansi.

"Sesiapa sahaja yang melaporkan penipuan dalam pilihan raya terdahulu atau pilihan raya separuh penggal 2026 akan menerima AS$1 juta selepas pihak yang melakukan penipuan itu ditahan dan disabitkan kesalahan!" katanya rut Trump menerusi hantaran di platform Truth Social.

Pengumuman itu dibuat ketika AS bersiap sedia menghadapi pilihan raya separuh penggal minggu depan yang bakal menentukan parti mana akan menguasai Kongres, di tengah-tengah pertikaian politik yang semakin memuncak berhubung integriti pilihan raya. – BERNAMA-ANADOLU