JOHOR BAHRU: Inisiatif memperkenalkan kemudahan pemilikan emas secara digital kepada masyarakat diteruskan menerusi penyertaan Bursa Gold Dinar di Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Plaza Angsana, di sini dari 30 Oktober hingga 1 November 2026.

Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha Bursa Malaysia untuk mendekatkan platform Bursa Gold Dinar kepada orang ramai, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kemudahan memiliki dan menyimpan emas melalui platform digital yang mudah diakses.

Menerusi Bursa Gold Dinar, pengguna berpeluang memiliki emas dengan pembelian serendah RM10, tanpa perlu melalui kaedah pembelian dan penyimpanan emas secara konvensional. Setiap pembelian mewakili pemilikan emas fizikal dengan ketulenan 999.9/24k.