SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka membuka bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.SPRM dalam kenyataan memaklumkan, bilik gerakan ini akan beroperasi 24 jam mulai Sabtu hingga 14 November di Pejabat SPRM Melaka, Jalan Alai Perdana 16, Taman Alai Perdana, 75460 Melaka."Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang proses pilihan raya melalui emel kepada prnmlk@sprm.gov.my."Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi talian pejabat SPRM Melaka di 06-2896000, bilik gerakan 06-289 6303 atau talian 24 jam/WhatsApp di 011-2679 1569," katanya pada Jumaat.Justeru, SPRM ingin mengingatkan semua calon, parti politik, penyokong serta mana-mana pihak yang terlibat dalam PRN Melaka Ke-16 supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan peruntukan Akta SPRM 2009 [Akta 694] serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan salur maklumat, aduan

Key takeaways
SPRM Melaka membuka bilik gerakan 24 jam sehingga 14 November untuk menerima aduan rasuah dan salah guna kuasa semasa PRN Melaka ke-16. Agensi ini turut mengingatkan semua pihak terlibat agar mematuhi undang-undang pilihan raya yang sedia ada.
- Bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam di Pejabat SPRM Melaka, Jalan Alai Perdana.
- Aduan boleh disalurkan melalui emel, talian telefon atau WhatsApp yang disediakan.
- Hari pengundian PRN Melaka ditetapkan pada 14 November manakala penamaan calon pada 31 Oktober.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Ab Rauf kekal ketua menteri jika BN menang PRN Melaka
- Utusan Malaysia PRN Melaka: Gerakan akur keputusan agihan kerusi
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Kementerian Komunikasi buka pusat media untuk petugas media
- Sinar Harian PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan salur maklumat, aduan (this story)
- Harian Metro PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan mulai esok









