KUALA LUMPUR – Sebanyak 80,412 ekor anjing terbiar ditangkap pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara menerusi 24,195 operasi sepanjang tahun lalu.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 45,804 aduan berkaitan kacau ganggu anjing terbiar diterima PBT, sekali gus menunjukkan isu berkenaan terus menjadi antara kebimbangan keselamatan penduduk.Menurutnya, tindakan kawalan terhadap anjing terbiar dipertingkatkan susulan insiden serangan terhadap seorang kanak-kanak baru-baru ini yang dilaporkan melibatkan lima ekor anjing tidak bertuan."Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua kertas siasatan susulan kejadian berkenaan, masing-masing di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan berkaitan kecuaian berkenaan haiwan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.Terdahulu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi (PN) meminta KPKT menyatakan tindakan terhadap pemilik haiwan yang mengakibatkan kecederaan serius kepada orang awam, selain langkah segera dan strategi jangka panjang menangani peningkatan populasi anjing terbiar yang mengancam keselamatan penduduk, khususnya di kawasan perumahan dan sekolah.Kor Ming memaklumkan, kementerian melalui surat bertarikh 9 September lalu telah mengarahkan PBT di seluruh negara meningkatkan tindakan kawalan terhadap anjing terbiar secara berterusan."Langkah itu memberi keutamaan kepada kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi panas berisiko tinggi berdasarkan aduan awam dan rekod kejadian, termasuk kawasan perumahan, sekolah serta lokasi tumpuan."Daripada keseluruhan 80,412 ekor anjing yang ditangkap, sebanyak 22,228 ekor direkodkan telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), dituntut semula pemilik dan diadopsi menerusi program anjing angkat," jelas beliau.Selain operasi tangkapan secara berkala, Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, PBT turut melaksanakan pemeriksaan pemilikan dan pelesenan anjing di kawasan perumahan bagi memastikan pemilik mematuhi undang-undang kecil pelesenan anjing yang berkuat kuasa.Dalam aspek penguatkuasaan, Kor Ming menjelaskan pemilik anjing boleh dikenakan kompaun sekiranya haiwan peliharaan mereka mengejar, menyerang atau menggigit mana-mana individu, sama ada menyebabkan kecederaan atau tidak."Pemilik juga bertanggungjawab membayar ganti rugi bagi kecederaan yang disebabkan anjing masing-masing, manakala PBT boleh menangkap dan membinasakan anjing yang terlibat dalam kes gigitan."Bagi anjing yang berkeliaran tanpa kawalan atau tidak berlesen, PBT boleh mengambil tindakan tangkapan. Sekiranya haiwan itu dituntut semula, pemilik boleh dikenakan kompaun serta caj berkaitan dan diwajibkan mendapatkan lesen sekiranya belum berlesen."Selain itu, kes kecuaian mengawal haiwan sehingga mendatangkan bahaya atau kecederaan kepada orang awam juga boleh disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan," katanya.Bagi strategi jangka panjang, be
80,412 anjing terbiar ditangkap tahun lalu

Key takeaways
PBT di seluruh negara telah menangkap 80,412 ekor anjing terbiar sepanjang tahun lalu melalui 24,195 operasi. Langkah kawalan dipertingkatkan susulan insiden serangan anjing terhadap kanak-kanak dan arahan kementerian untuk menangani risiko keselamatan di kawasan tumpuan.
- Sebanyak 45,804 aduan berkaitan kacau ganggu anjing terbiar diterima oleh PBT pada tahun lalu.
- PDRM membuka dua kertas siasatan susulan insiden serangan anjing terhadap seorang kanak-kanak.
- 22,228 ekor anjing yang ditangkap telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dituntut, atau diadopsi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Tak boleh kencing sendiri sejak dua tahun lalu
- Harian Metro 80,412 anjing liar ditangkap tahun lalu
- Berita Harian Lebih 80,000 anjing liar ditangkap tahun lalu
- Sinar Harian 80,412 anjing terbiar ditangkap tahun lalu (this story)







