SHAH ALAM - Lima sindiket warga asing yang dipercayai terlibat kegiatan penipuan dalam talian dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam tempoh sebulan pada Oktober.Serbuan digerakkan masing-masing daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas serta Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selain penglibatan JIM negeri serta agensi berkaitan.Serbuan pertama pada 5 Oktober dijalankan ke atas sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan (calling centre).Kemudian, serbuan kedua membawa serbuan sebuah inap desa (homestay) di Klebang Kechil, Melaka pada 22 Oktober yang juga dijadikan sebagai pusat panggilan penipuan.Pada 27 Oktober, satu lagi sindiket tumpas selepas sebuah kediaman mewah di sekitar Jalan San Peng, Kuala Lumpur diserbu JIM.Terbaharu, pada 28 dan 29 Oktober, dua lagi sindiket penipuan warga asing digempur masing-masing beroperasi di empat unit kondominium di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur serta banglo dua tingkat di The Mines, Serdang.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kelima-lima sindiket ini mempunyai kaitan antara satu sama lain."Beberapa modus operandi sindiket ini dikesan antaranya beroperasi di kediaman mewah yang mempunyai lapisan keselamatan yang tinggi serta tidak menetap di satu lokasi dalam tempoh yang lama."Selain itu, ada individu yang direkrut bagi menguruskan bekalan makanan ke premis kerana warga asing ini tidak akan keluar daripada kediaman selepas hari pertama tiba bagi mengelakkan kegiatan mereka disyaki," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Tambah Zakaria, setiap penempatan mewah yang disewa sindiket juga dipercayai disediakan dengan aktiviti hiburan termasuk minuman alkohol, perjudian serta karaoke.Jelasnya, ini berdasarkan penemuan pelbagai barangan termasuk minuman keras serta peralatan perjudian.Dalam pada itu, JIM juga menyiasat dan memanggil pemilik premis terlibat untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63."JIM terus komited menjaga keselamatan dan kedaulatan negara tanpa sebarang kompromi berlandaskan kepada prinsip undang-undang."Usaha penguatkuasaan terus dipergiatkan secara bersepadu dan berterusan bagi membanteras warga asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang, khususnya penipuan dalam talian atau online scam," ujarnya.
Lima sindiket penipuan warga asing masuk 'jerat' JIM

Key takeaways
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar lima sindiket penipuan warga asing dalam tempoh sebulan pada Oktober 2024 melalui serbuan di pelbagai lokasi di Malaysia.
- Serbuan pertama dilakukan di pusat peranginan Sungai Lembing, Pahang pada 5 Oktober.
- Lima sindiket ini dipercayai menggunakan pusat panggilan untuk menjalankan kegiatan penipuan dalam talian.
- Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada kelima-lima sindiket ini mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia 24,631 warga asing ditolak masuk Malaysia, 707 ditahan
- Sinar Harian Lima sindiket penipuan warga asing masuk 'jerat' JIM (this story)








