PUTRAJAYA – Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Fadzmel Fadzil, tampil mempertahankan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan berlaku perbelanjaan berlebihan dalam projek Jalan Luar Bandar (JALB) yang menjadi polemik antara beliau dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.Menurut Fadzmel, komitmen projek yang dipertikaikan itu sebenarnya melibatkan tunggakan daripada tahun-tahun terdahulu, termasuk ketika Guan Eng memegang portfolio Menteri Kewangan, sehingga perlu dibawa ke tahun berikutnya.Beliau berkata, tunggakan bayaran interim kepada kontraktor dan pampasan kepada pemilik tanah mencecah RM259.503 juta, membabitkan 112 projek setakat 30 September lalu.Katanya, keadaan itu menyebabkan ramai kontraktor, termasuk kontraktor Bumiputera, tidak menerima bayaran walaupun kerja telah disiapkan."KKDW terpaksa menggunakan peruntukan dalaman sedia ada untuk membayar tunggakan tersebut. Apabila peruntukan itu dialihkan, kementerian terpaksa mengorbankan pelaksanaan program dan projek penting lain yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurut beliau, antara yang terjejas termasuk peruntukan RM200 juta bagi pembinaan dan baik pulih rumah golongan miskin termasuk masyarakat Orang Asli, selain bantuan kepada usahawan kecil B40, nelayan dan petani.Mengulas dakwaan bahawa Kementerian Kewangan (MoF) perlu mengambil peruntukan daripada kementerian lain untuk menyelesaikan tunggakan tersebut, Fadzmel berkata setakat ini KKDW masih menggunakan Surat Kebenaran Berbelanja (SKB) melalui peruntukan dalaman."Kalau betul-betul MoF mahu menyalurkan peruntukan tambahan, alhamdulillah. Setakat ini kementerian masih menggunakan SKB yang bersumberkan peruntukan dalaman," katanya.Fadzmel menjelaskan bahawa semua komitmen projek berkenaan dibuat berdasarkan kelulusan MoF dan Kementerian Ekonomi, manakala pelaksanaannya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).Bagaimanapun, beliau mendakwa surat MoF bertarikh 10 September lalu mengarahkan langkah kawalan perbelanjaan termasuk penangguhan pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) bagi sejumlah projek."Satu sen tunggakan pun belum diberikan, manakala peruntukan yang telah diluluskan pula diarahkan ditangguhkan. Sebab itu kita mahu MoF menjelaskan, penangguhan ini sehingga bila? Penangguhan tanpa tarikh sama ertinya seperti pembatalan," katanya.Beliau berkata, ketidakpastian itu menjejaskan perancangan pembangunan luar bandar kerana kementerian perlu menyediakan cadangan projek baharu setiap tahun sedangkan projek terdahulu masih belum mempunyai kepastian pelaksanaan.Menurutnya, sebanyak 40 projek JALB bernilai keseluruhan RM5.14 bilion terpaksa membatalkan proses tender, manakala 87 projek lagi bernilai RM8.10 bilion, termasuk projek di Sabah dan Sarawak, ditangguhkan pengeluaran SST."Jadi di mana Datuk Seri Ahmad Zahid bercakap bohong? KKDW hanya bertindak mengikut tatacara kewangan kerajaan," katanya.Fadzmel turut mempertikaikan kenyataan Guan Eng
'Dekat mana Zahid cakap bohong?' – Fadzmel

Key takeaways
Fadzmel mempertahankan Zahid berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam projek JALB, menyatakan ia melibatkan tunggakan lama.
- Tunggakan bayaran interim dan pampasan mencapai RM259.503 juta bagi 112 projek.
- KKDW menggunakan peruntukan dalaman untuk bayaran tunggakan, mengorbankan program penting.
- Fadzmel menyatakan KKDW masih menggunakan SKB melalui peruntukan dalaman untuk bayaran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗









