KANGAR: Sektor pelancongan Perlis terus diperkasa melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan strategi pemasaran digital menerusi penganjuran Bengkel Perlis AI Tourism Attack di Dewan Gunasama, Kompleks Seri Putra, Kangar baru-baru ini.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian bengkel berkenaan.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Travel Yamu Malaysia, Uzaidi Udanis dan Pengurus Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (PSSI) Mohd Irzat Rozaidy Mohamad Roseli.
Berangkat sama, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail serta anakanda puteri kedua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.










