PUTRAJAYA: Hanya pelarian yang berada di Malaysia sebelum 1 Januari 2023 layak dipertimbangkan menyertai Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), sekali gus menolak tanggapan program itu membuka ruang kepada kemasukan pelarian baharu ke negara ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataannya, menegaskan, individu yang memasuki Malaysia selepas tarikh berkenaan tidak layak dipertimbangkan menyertai program itu, manakala pemilikan kad atau surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) juga tidak memberikan kelayakan secara automatik.

KDN berkata, DPP bukan laluan untuk pelarian menetap secara kekal, memperoleh status Penduduk Tetap (PR) atau mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.