PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil alih fungsi pendaftaran dan penentuan status pelarian daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menerusi pelaksanaan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bermula 1 Januari lalu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, ia membolehkan pelaksanaan pengesahan identiti, pendaftaran biometrik, saringan keselamatan selain pemantauan keberadaan pelarian dilaksanakan secara langsung oleh pihak berkuasa Malaysia.

“DPP dilaksanakan berlandaskan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 (Semakan 2023