KUANTAN: Seorang bekas ketua balai bomba mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menerima wang RM2,000 tanpa balasan tahun lalu.
Wan Muhammad Faiz Wan Asri, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Bekas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands itu didakwa menerima wang tunai RM2,000 tanpa balasan daripada seorang individu, sedangkan beliau mengetahui individu berkenaan mempunyai hubungan dengannya dalam urusan tugas rasminya.
Kesalahan didakwa dilakukan di luar sebuah dewan serbaguna di Cameron Highlands kira-kira jam 9.45 malam, 28 Mei tahun lalu.









