ONDON: Harga minyak meningkat pada Jumaat berikutan kebimbangan yang semakin memuncak terhadap kemungkinan Amerika Syarikat (AS) melancarkan semula serangan ketenteraan ke atas Iran, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa, didagangkan pada AS$116.43 setong pada awal dagangan, meningkat 1.35 peratus berbanding harga penutup hari sebelumnya.

Presiden AS, Donald Trump, dilaporkan membincangkan langkah seterusnya dalam perang dengan Iran bersama seorang komander kanan tentera pada Khamis.

Akhbar Wall Street Journal, yang memetik pegawai AS, melaporkan bahawa Ketua Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), Laksamana Brad Cooper, membentangkan beberapa pilihan ketenteraan terhadap Iran kepada Trump dalam satu pertemuan di Rumah Putih.