KUANTAN – Bekas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,000 pada Mei tahun lalu.Tertuduh, Wan Muhammad Faiz Wan Asri, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM2,000 tanpa balasan daripada seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Dewan Serbaguna Puncak Arabella, Cameron Highlands, pada jam 9.45 malam, 28 Mei 2025.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rais Adha Ramli, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nur Faid Afiq Aziz.Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh, pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin. Pihak pendakwaan turut memohon syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Bagaimanapun, Ahmad Nur Faid Afiq memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan kerana jumlah yang ditawarkan dianggap terlalu tinggi dan di luar kemampuan anak guamnya yang berpendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.Menurutnya, tertuduh turut bertanggungjawab menyara isteri dan seorang anak serta kedua-dua ibu bapanya. Selain itu, tertuduh terpaksa menggunakan wang simpanan untuk membayar wang jaminan.Mengambil kira rayuan tersebut, Sazlina membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan seorang penjamin, selain mengekalkan syarat tambahan yang ditetapkan.Mahkamah menetapkan 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.
Bekas ketua balai bomba mengaku tidak bersalah terima suapan RM2,000

Key takeaways
Bekas ketua balai bomba didakwa menerima suapan RM2,000 dan mengaku tidak bersalah.
- Tertuduh didakwa menerima RM2,000 tanpa balasan pada Mei 2025.
- Kesalahan itu dilakukan di Cameron Highlands dan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
- Pendakwaan dijalankan oleh SPRM dan tertuduh diwakili oleh peguam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bekas kerani akaun tidak mengaku pecah amanah lebih RM52,000
- Sinar Harian Bekas ketua balai bomba mengaku tidak bersalah terima suapan RM2,000 (this story)







