PUCHONG: Seramai 101,901 anggota daripada pelbagai agensi tindak balas bersama ribuan aset penyelamat disiap siagakan di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.
Ketua Penolong Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Mej. Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott berkata, kesiapsiagaan itu melibatkan penyelarasan antara agensi bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan mangsa dan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan cekap sekiranya berlaku banjir atau bencana lain.
katanya, penyelarasan antara agensi bagi operasi sewaktu MTL, merangkumi 47,100 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), 21,477 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 15,145 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 12,927 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 5,252 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).









