PETALING JAYA: Kerajaan sedang meneliti kesesuaian pelaksanaan kawalan pergerakan terhadap komuniti pelarian Rohingya di negara ini dengan mengambil kira aspek keselamatan, kedaulatan negara dan hak asasi manusia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan berhubung pelaksanaan langkah itu akan mengambil kira kepentingan semua aspek berkenaan.

Beliau berkata, proses pendataan komuniti pelarian Rohingya di seluruh negara kini berada pada fasa pertama yang melibatkan individu di Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

Katanya, inisiatif menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) itu dijangka memasuki fasa kedua dalam tempoh terdekat.