Kuala Lumpur: Kerajaan sedang meneliti kesesuaian pelaksanaan kawalan pergerakan terhadap pelarian Rohingya di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan pelaksanaan itu mengambil kira kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara serta hak asasi manusia.
Selain itu, katanya, proses pendataan komuniti pelarian Rohingya di seluruh negara kini di fasa pertama membabitkan individu dalam Depot Tahanan Imigresen (DTI).
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, inisiatif menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) itu dijangka beralih ke fasa kedua dalam tempoh terdekat.








