PETALING JAYA: Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim berharap Pas akan mengikut jejak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun Muhyiddin dan Syed Saddiq pernah mengkritik Anwar pada peringkat awal namun kini mereka sedar Presiden PKR itu berpotensi menang lagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Tidak perlu berfikir panjang kerana, jika semua perkara lain adalah sama, Guru sememangnya sentiasa menjadi pilihan berbanding Pelajar.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin dan Syed Saddiq kerana menyokong Anwar,” katanya menerusi hanyaran di Facebook hari ini.








