Puchong: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkukuh kesiapsiagaan kerajaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini hingga Mac tahun depan.
Ia termasuk meningkatkan penyelarasan antara agensi, kesiapsiagaan aset dan anggota penyelamat serta persediaan pusat pemindahan.
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata, persiapan awal secara menyeluruh amat penting bagi memastikan semua pihak berada pada tahap kesiapsiagaan optimum dalam menghadapi kemungkinan bencana sepanjang tempoh berkenaan.
"MTL adalah fenomena cuaca bermusim yang perlu diberikan perhatian serius kerana berpotensi membawa hujan lebat berterusan, banjir, tanah runtuh serta gangguan terhadap kehidupan dan keselamatan masyarakat, khususnya di kawasan berisiko.









