Jakarta: Pencemaran udara akibat asap kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan selama berbulan-bulan di seluruh Indonesia menyebabkan kira-kira 3,560 kematian di kepulauan Asia Tenggara yang luas itu pada bulan September sahaja.

Menurut satu kajian saintifik pada bulan sama, kira-kira 57.8 juta orang terdedah kepada udara yang berada pada tahap tidak sihat hingga berbahaya.

Laporan itu dikeluarkan Pusat Penyelidikan Tenaga dan Udara Bersih (CREA), sebuah badan pemikir yang berpangkalan di Helsinki, Finland.

"Kualiti udara yang semakin merosot akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia telah meningkatkan anggaran jumlah kematian kepada 3,560 kes pada September 2026, iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding anggaran bagi Ogos," menurut satu kenyataan daripada CREA.