KOTA BHARU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan merekodkan sebanyak 312 aduan berkaitan pencemaran udara bagi sembilan bulan pertama tahun ini dengan 264 daripadanya melibatkan pembakaran terbuka.

Timbalan Pengarahnya, Mohamad Zamzani Ibrahim berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 27 kes kebakaran tanah gambut direkodkan menerusi pelbagai saluran aduan dan pemantauan.

Katanya, ia merangkumi panggilan telefon, sistem e-Aduan, surat, e-mel, rondaan JAS, Biro Pengaduan Awam, talian hotline JAS, pemantauan dron serta pengesanan titik panas.

“Sebanyak tiga kompaun dikeluarkan dalam tempoh itu manakala tujuh kes sedang dalam proses mendapatkan izin mengkompaun daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Sebanyak lima Notis Arahan turut dikeluarkan bagi mengarahkan pihak yang terlibat mengambil tindakan pembetulan sewajarnya.