Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata kerajaan sedang berusaha mendaftarkan pelarian Rohingya di seluruh negara di bawah program Dokumen Pendaftaran Pelarian.PETALING JAYA: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan pergerakan pelarian Rohingya di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.

Menurutnya, Putrajaya sedang meneliti sama ada pelaksanaan langkah itu terhadap etnik Rohingya wajar, dengan mengambil kira faktor seperti keselamatan, kedaulatan negara dan hak asasi manusia.

"Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang bekerjasama dengan semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta pihak berkuasa tempatan menerusi sesi libat urus bagi mendapatkan maklum balas serta merancang tindakan sewajarnya untuk menyelaras isu membabitkan komuniti ini di Malaysia."