PETALING JAYA – Tiada had masa yang menghalang sesuatu kes jenayah daripada diteruskan meskipun laporan polis berkaitan dibuat lebih sedekad lalu.
Itu penjelasan Tetuan Kamal Hisham & Associates berhubung persoalan mengapa laporan polis terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain pada 2015 baru dibangkitkan semula ketika ini.
Menerusi kenyataan media hari ini, peguam Kamal Hisham Ja’afar dan Muhammad Nor Tamrin berkata, harapan anak guam mereka untuk mendapatkan keadilan timbul semula selepas Mohd. Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 21 Ok









