MELAKA - Pemeteraian Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan dengan parti Bersatu serta Ahli Parlimen Bebas semalam tidak mengikat pendirian mahupun keputusan politik mana-mana pihak termasuk dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim berkata, semua pihak yang terlibat di dalam perjanjian itu kekal bebas berdiri atas pendirian masing-masing, terutamanya memainkan peranan sebagai semak dan imbang dalam Dewan Rakyat sebagai pembangkang."Persetujuan ini sebenarnya satu langkah untuk mengukuhkan pentadbiran dan membolehkan kerajaan beri tumpuan terhadap pelaksanaan dasar-dasar serta pembangunan negara."Hal ini bertepatan dengan semangat kerajaan Madani yang sentiasa membuka ruang kerjasama terutama jika melibatkan kepentingan rakyat melangkaui sebarang perbezaan parti," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Bukit Piatu, di sini hari ini.Semalam, kerajaan Madani menandatangani CSA dengan enam anggota Parlimen Bersatu yang diketuai Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tujuh yang lain termasuk anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Adam Adli berkata, PH juga pernah menandatangani perjanjian seumpama CSA sewaktu berada di dalam blok pembangkang di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Ditanya mengenai impak perjanjian itu kepada kerjasama PH dengan Bersatu dalam menghadapi PRN Melaka, yang dijangka menyaksikan kedua-dua pihak bakal bertembung di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Adam Adli berkata, gabungan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara berkenaan."Di Melaka ini setiap parti bebas berpegang pada prinsip masing-masing, keputusan masing-masing dan kita hormati itu. Apa yang penting ialah kita menunjukkan kematangan politik dengan menjadikan agenda rakyat itu kepentingan utama," katanya.Terdahulu, media melaporkan calon PH dan Bersatu berkemungkinan akan bersaing antara satu sama lain di DUN Ayer Keroh, Kelebang, Gadek dan Pengkalan Batu.Pada sidang media sama, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, parti itu kekal bertanding di tujuh kawasan DUN biarpun terdapat pertambahan kerusi ditandingi rakan gabungan di dalam PH.Semalam Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, Mej (B) Jaimi Dimon akan mewakili parti itu bertanding di DUN Ayer Limau, sekali gus menjadikan 10 kerusi ditandingi PKR berbanding sembilan yang diumumkan sebelum ini.Parti Amanah Negara (Amanah) turut menambah dua lagi calon iaitu Aminuddin Abdul Jalil di DUN Sungai Rambai manakala Junainah Sahat di DUN Taboh Naning, sekali gus menyaksikan PH bertanding di keseluruhan 24 kerusi pada PRN Melaka 14 November ini. - Bernama
CSA tidak ikat pihak terlibat dengan sebarang keputusan politik - Adam Adli

Key takeaways
Pemeteraian CSA tidak mengikat pendirian pihak terlibat dalam keputusan politik, termasuk menghadapi PRN Melaka.
- CSA antara kerajaan dan parti Bersatu serta Ahli Parlimen Bebas tidak mengikat pendirian politik pihak terlibat.
- Adam Adli menyatakan semua pihak tetap bebas dan menjalankan peranan sebagai semak dan imbang dalam Dewan Rakyat.
- PH dan Bersatu tidak menghadapi masalah dalam kerjasama menghadapi PRN Melaka meskipun bertembung di empat kerusi DUN.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia MP gesa pihak terlibat New Age Movement segera bertaubat
- Harian Metro CSA bukan bermakna bergabung dengan PH - BERSATU
- Berita Harian CSA bukan bermakna bergabung dengan PH - BERSATU
- Sinar Harian CSA tidak ikat pihak terlibat dengan sebarang keputusan politik - Adam Adli (this story)







